Dalam sepotong hadith riwayat Al-Bukhari, kita mendapati bahawa:
“Adalah Rasulullah SAW itu beri’tikaf selama sepuluh hari di dalam bulan Ramadhan. Manakala dalam tahun ini di mana baginda wafat, baginda beri’tikaf selama 20 hari.”
I’tikaf merupakan ibadat yang mencakupi kebanyakan amalan taat seperti solat, tilawah, berzikir, berdoa dan lain-lain. I’tikaf itu adalah sangat dituntut pada sepuluh hari yang terakhir.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Tiada i’tikaf kecuali di tiga masjid.”
(Hadith riwayat Al-Baihaqee)
(Peringatan: I’tikaf tersebut disyarakkan di tiga masjid sahaja, iaitu masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil ‘Aqsa di Baitul Maqdis)
Friday, April 21, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment