Wednesday, March 29, 2006

Puasa

PUASA

Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:

“Setiap amalan anak Adam akan diberi ganjaran dari sepuluh hinggalah tujuh ratus kali ganda.”

Firman Allah “Azza wa jalla’:

“Kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untukKu. Maka Akulah yang akan melimpah-ruahkan ganjarannya, dia rela meninggalkan keinginan syahwatnya dan makan minumnya semata-mata keranaKu. Bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan:

Kegembiraan di kala berbuka dan berhari raya serta kegembiraan di kala bertemu dengan Tuhannya. Bau mulut orang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi ALLAH daripada keharuman bau kasturi.”

(Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Tentunya sekali pahala yang melimpah ruah ini tidaklah diperolehi hanya dengan menahan diri dengan berlapar dan dahaga sahaja, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW:

Maksudnya:

“Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta tetapi masih sahaja berbohong, maka ALLAH sama sekali tidak berhajat kepada puasanya, walaupun ia sama-sama berlapas dan dahaga.”
(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah SAW telah bersabda:

Maksudnya:

“Puasa itu adalah perisai. Sekiranya seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia bercakap lucah, berbuat kefasikan dan kejahilan. Jika seseorang mencacinya, maka hendaklah ia menjawab: Aku sedang berpuasa.”

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu semasa kita berpuasa, hendaklah kita berpuasa juga pendengaran, penglihatan dan tutur kata. Janganlah sia-siakan pahala puasa kita.

Tuesday, March 28, 2006

Ramadhan Dan Sorotan

  • 17 Ramadhan 13 tahun sebelum Hijrah (610M)
    Allah SWT menurunkan wahyu pertama (Surah Al-Iqra’ - ayat 1 - 5) kepada Nabi Muhammad SAW; iaitu peristiwa “Nuzool Qur’an”


  • 3 tahun sebelum Hijrah (619 M)
    Siti Khadijah (r.a) wafat; dikebumikan di tanah perkuburan Ma’ala di Mekah.

  • 1 Hijriyyah (Mac 623 M)
    Nabi SAW memerintah ‘masjid dirar’ dirobohkan. Ia dibina oleh golongan munafiqin untuk memesong penduduk yang baru memeluk agama Islam di Madinah.


  • 2 Hijriyyah (Mac 624 M)
    Zakat fitrah dan zakat harta diwajibkan. Juga solat hari raya ditetapkan.


  • 2 Hijriyyah (Mac 624 M)
    Nabi SAW mendapat wahyu tentang perintah berperang jihad.


  • 17 Ramadhan 3 Hijriyyah (2 Mac 625 M)
    Perang Badar iaitu perang jihad pertama dalam sejarah Islam. Seramai 313 tentera Islam telah mengalahkan lebih 1000 pejuang musyrikin Quraisy.


  • 20 Ramadhan 8 Hijriyyah (10 Januari 630 M)
    Tentera Islam menawan kota Mekah tanpa sebarang halangan atau pertumpahan darah.


  • 11 Hijriyyah (Dec 632 M)
    Siti Fatimah binti Rasulullah RA wafat; dikebumukan di Baqi’ Madinah.

  • 58 Hijriyyah (Julai 678 M)
    Isteri Nabi SAW Siti Aishah bt Abu Bakar RA wafat; dikebumikan di Baqi’ Madinah.



  • 92 Hijriyyah (Julai 711 M)
    Jeneral Tariq bin Ziyad bersama 12,000 tentera Islam menewaskan 90,000 tentera Kristian dan mendirikan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol selama 700 tahun.


  • 582 Hijriyyah (November 1186 M)
    Jeneral Salahuddin al-Ayyubi mengusir tentera salib Eropah keluar dari Palestin.


  • 9 Ramadhan 1393 Hijriyyah (6 Oktober 1973 M)
    Tentera Mesir mengalahkan tentera Israel untuk membebaskan semula Semenanjung Sinai dan wilayah Gaza di Palestin.

Sunday, March 26, 2006

KEPALSUAN HADITH SOLAT TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadith tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali.

Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain denganharapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.

Hadith yang dimaksudkan itu ialah satu hadith yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut :

"Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:

· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).

· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allahmengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.

· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..

· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadith ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan.


Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadith seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadith lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadith palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadithini.

Ini menunjukkan bahawa hadith ini merupakan satu hadith yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadith dahulu yang menulis tentang hadith maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadith ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakanamalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya.

Dengan tersebarnya hadith-hadith palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadith Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya :

"Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka".
(Bukhori, Muslim)


Hadith ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah(targhib dan tarhib).

Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadith tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim.

Kata ImamNawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadith ini maudhu`.

Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain-lain.

Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam…

seterusnya dia berkata:

Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaanatas Allah juga.

Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadith tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadith ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadith itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadith yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..

Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadith shahih contohnya hadith yang bermaksud:
Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu.(Al-Bukhari)


Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud:Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)

Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadith rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadith yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadith maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah


1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadith-hadith shohih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadith-hadith shohih.

4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadith ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadith telah mengatakan bahawa hadith-hadith yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadith Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w.

Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadith-hadith palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.

Friday, March 24, 2006

SOLAT TARAWIH DENGAN BERJAMAAH

Penjelasan Tentang Disunnahkannya Shalat Tarawih Dengan Berjama'ah

Tidak syak lagi bahwa shalat Tarawih dengan berjama'ah adalah sangat dianjurkan berdasarkan pada :

A. TAQRIR Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, sebagaimana riwayat Tsa'labah bin Abi Malik, ia berkata :

"Artinya : Telah keluar Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, suatu malam di bulan Ramadhan, maka beliau melihat orang-orang shalat di tepi masjid, sabdanya : Apa yang mereka lakukan ? Salah seorang berkata : Ya Rasulullah ! Mereka itu adalah orang-orang yang tidak dapat membaca Al-Qur'an dan Ubai bin Ka'ab membacakannya, dan mereka shalat berjama'ah dengannya. Maka sabdanya : Mereka telah mengerjakan yang baik atau telah benar mereka. Dan beliau tidak menampakkan kebencian terhadap mereka tersebut".[Diriwayatkan oleh Baihaqi dalam sunannya II : 495 ia berkata Hadith ini MURSAL HASAN.]

Penjelasan :

Hadith ini telah diriwayatkan dengan MAUSHUL (sanad yang bersambung) melalui jalan lain dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Mutabaat was Syawahid, sanadnya LA BA'SA BIHI (baik).
Dikeluarkan oleh Ibnu Nashr dalam Qiyamul-Lail, hal.90 Abu Dawud I : 217 dan Baihaqi.
B. FI'IL (Perbuatan) beliau sendiri. Tentang ini terdapat beberapa hadith.


Pertama dari Nu'man bin Basyir ia berkata :

"Artinya : Kami pernah solat (malam) bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pada malam ke 23 di bulan Ramadhan hingga sepertiga malam yang pertama, kemudian kami solat lagi bersamanya pada malam ke 25 hingga pertengahan malam, kemudian beliau mengimami kami pada malam ke 27 hingga kami mengira, kami tidak akan mendapatkan waktu "FALAAH". Ia berkata : Kami menyebut "SAHUR" dengan sebutan falaah". [Diriwayatkan oleh Ibnu 'Abi Syaibah dalam Al-Mushannaf II : 90/2, Ibnu Nashr halaman 89, Nasaa'i I : 238, Ahmad IV : 272, Faryabi dalam Kitab Shiam I/73 - II/72. Sanadnya SHAHIH dan dishahkan oleh Hakim]
Hakim berkata : Hadits ini merupakan dalil yang terang bahwa Solat Tarawih di masjid-masjid kaum Muslimin adalah SUNNAH (dianjurkan), dan adalah Ali bin Abi Thalib menganjurkan Umar bin Khattab radyillahu 'anhum untuk menjalankan sunnah ini. Al-Mustadrak I : 440.


Kedua dari Anas ia berkata :

"Artinya : Adalah Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, shalat di bulan Ramadhan, kemudian aku datang dan aku berdiri di sampingnya, kemudian datang yang lain, kemudian yang lain lagi, sehingga waktu itu kami menjadi kelompok (berjumlah lebih kurang 10 orang). Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam merasa bahwasanya kami berada di belakangnya, beliau meringkas shalatnya, kemudian masuk rumahnya. Ketika beliau masuk rumahnya, beliau mengerjakan solat yang tidak dikerjakannya bersama kami. Ketika kami masuk waktu pagi, kami bertanya : Ya Rasulullah ! Apakah engkau tidak mengetahui kami tadi malam ?. Beliau menjawab : Ya, justru itulah yang mendorongku untuk melakukan apa yang aku perbuat". [Diriwayatkan oleh Ahmad III : 199, 212 dan 291, juga Ibnu Nashr halaman 89, keduanya dengan sanad yang SHAHIH. Demikian juga Thabrani meriwayatkan hadits ini dalam Al-Aushath dan Al-Jam'u III : 173]

Ketiga dari 'Aisyah ia berkata :

"Artinya : Pernah orang-orang solat (malam) di masjid Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, pada bulan Ramadhan dengan sendiri-sendiri, orang-orang itu mempunyai sedikit hafalan Al-Qur'an, lalu ada kurang lebih lima atau enam orang, atau lebih sedikit atau lebih banyak dari jumlah itu yang mengikuti solatnya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. ('Aisyah berkata) : Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, menyuruh aku mendirikan tikar di pintu kamarku, lalu aku kerjakan. KemudianIa keluar ke pintu sesudah solat Isya' yang terakhir. Ia ('Aisyah) berkata : Lalu orang-orang yang di masjid mengerumuni beliau, lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, solat bersama mereka, solat malam yang panjang, kemudian beliau berpaling dan masuk (ke rumah), beliau tinggalkan tikar itu sebagaimana adanya.

Ketika pagi hari orang-orang memperbincangkan solatnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersama mereka yang di masjid pada malam itu. (Akibatnya) orang-orang berkumpul lebih banyak lagi sehingga masjid menjadi penuh sesak. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam keluar pada malam yang kedua, maka orang-orang solat mengikuti solatnya. Pada pagi harinya orang-orang menceritakan kejadian itu, sehingga bertambah banyaklah pengunjung di malam yang ke tiga, pada malam itu beliau keluar dan orang-orang solat mengikuti solatnya.

(Akhirnya) pada hari keempat masjid tidak mampu lagi menampung pengunjungnya, maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam solat Isya' bersama mereka, kemudian beliau masuk rumahnya dan orang-orang memastikan hal itu. 'Aisyah melanjutkan : Beliau bertanya kepadaku : Bagaimana orang-orang bisa menjadi seperti itu ya 'Aisyah ?. Aku menjawab : Ya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ! Orang-orang mendengar tentang solatmu bersama mereka yang di masjid tadi malam, oleh karena itu mereka berkumpul agar engkau mau solat bersama mereka. Beliau berkata : Gulunglah tikarmu ini ya 'Aisyah, lalu aku kerjakan. Malam itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tidur dengan tidak lalai, sedangkan orang-orang mengetahui tempatnya, kemudian masuklah beberapa orang dari mereka sambil berkata : As-Solat ! hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam keluar untuk solat Shubuh. Setelah selesai solat Fajar, beliau menghadap ke orang banyak, kemudian bertasyahhud dan berkata : Amma ba'du ! Wahai orang-orang demi Allah dan Alhamdulillah tadi malam aku tidur pulas, tidak tersembunyi bagiku tempat-tempat kamu, tetapi aku khawatir akan dijadikan kewajiban buat kamu sekalian. Pada riwayat lain : Tetapi aku takut diwajibkan atas kamu solat malam (itu), dan kamu tidak sanggup mengerjakannya ......"


Pada riwayat lain Zuhri menambahkan : Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, wafat sedangkan orang-orang dalam keadaan seperti itu, demikian juga pada masa khalifah Abu Bakar dan permulaan kekhalifahan Umar 1) (Hadith Shahih Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud Nasa'i, Ahmad dan Faryabi serta Ibnu Nashr).

1) Lafadz "wal amru 'ala dzalika" = keadaan orang-orang seperti itu mempunyai dua pengertian yaitu :

a) meninggalkan jama'ah dalam Tarawih,
b) Solat sendiri-sendiri (mengadakan jama'ah masing-masing). Penulis lebih cenderung pada pengertian yang (b).


Penjelasan :

Perbuatan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam berjama'ah selama tiga malam bersama mereka, merupakan petunjuk jelas bahwa solat Tarawih itu sebaiknya dikerjakan dengan berjama'ah. Adapun sikap Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak hadir bersama mereka pada malam ke empat, tidak dapat diartikan bahwa anjuran itu sudah dihapuskan, karena ketika itu beliau menyebutkan illatnya yaitu "aku takut/khawatir akan diwajibkan atas kamu".

Tetapi dengan wafatnya beliau, maka hilang pula kekhawatiran tersebut, berarti kita kembali kepada hukum yang terdahulu yaitu anjuran berjama'ah, oleh karena itu Umar radyillahu 'anhum berusaha menghidupkan kembali tuntunan tersebut sebagaimana disebutkan di atas. Demikian pula sikap yang diambil oleh Jumhur Ulama'.

Keempat, Hudzaifah bin Yaman menceritakan :

"Artinya : Telah bangun Rasululullah shallallahu 'alaihi wa sallam di suatu malam pada bulan Ramadhan di kamarnya yang terbuat dari pelepah korma, kemudian ia menuangkan setimba air, kemudian mengucap "Allahu Akbar Allahu Akbar" tiga kali, Dzal Malakut wal Jabarut wal Kibriyaa' wal 'Azhmah, kemudian beliau membaca surah Al-Baqarah. Ia (Hudzaifah) berkata selanjutnya : Kemudian beliau ruku', dan adalah (lama) ruku'nya seperti (lama) berdirinya, lalu dalam rukunya beliau mengucap "subhana rabbiyal azhim, subhana rabbiyal azhim", kemudian mengangkat kepalanya dari ruku', lalu berdiri sebagaimana ruku'nya dan mengucap : "La Rabbil Hamdu". Kemudian beliau sujud, dan adalah sujudnya selama berdirinya. Beliau mengucap dalam sujudnya : "Subhana Rabbiyal A'laa", kemudian mengangkat kepalanya dari sujud, kemudian duduk, pada duduk antara dua sujud beliau mengucap "Rabbigh Firli", lama duduknya sebagaimana sujudnya, kemudian sujud dan berkata : "Subhana Rabbiyal A'laa". Maka beliau solat empat raka'at dan membaca padanya surah Al-Baqarah dan Ali 'Imran dan An-Nisaa' dan Al-Maidah serta Al-An'am sehingga datang Bilal untuk adzan buat solat (Fajar)".
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah II : 90/2 dan Ibnu Nashr pada halaman 80 - 90. Nasa'i dalam sunannya I : 246, Ahmad V : 400 melalui Thalhah bin Yazid Al-Anshari dari Hudzaifah, riwayat-riwayatnya ini saling menambah antara satu dengan yang lain. Juga oleh Imam Tirmidzi I : 303 serta Ibnu Majah dalam I : 290 dan Hakim I : 271 tentang ucapan duduk antara dua sujud. Hakim juga mengesahkannya dan Dzahabi menyetujuinya, orang-orangnya kepercayaan, tetapi Nasa'i menganggap ini Mursal dengan menyebut illatnya bahwa Thalhah bin Yazid tidak aku ketahui mendengar (hadith ini) dari Hudzaifah.


Menurut pendapat saya, sanad hadith ini telah disambung oleh 'Amr bin Marrah dari Abi Hamzah yang dia itu adalah Thalhah bin Yazid, ia mendengar dari seorang laki-laki dari Absi, Syu'bah memandang bahwasanya ia adalah Shillah bin Zufar dari Hudzaibah. Hadith ini dikeluarkan oleh Abu Dawud I : 139-140, Nasa'i I : 172, Thahawi dalam "Al-Musykil" I : 308, Thayalisi I : 115 serta Baihaqi II : 121-122, juga Ahmad V : 398 dan Baghawi pada hadith Ali bin Ja'di I : 4/1 dari Syu'bah dari 'Amr, sanadnya shahih. Muslim meriwayatkan II : 186 melalui jalan Al-Mustaurad bin Ahnaf dari Shillah bin Zufar yang semakna dengan ini disertai tambahan, pengurangan dan beberapa perubahan kecil.

C. Keterangan-keterangan dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam (qaul) tentang keutamaan Tarawih dengan berjama'ah.

"Artinya : Abu Dzar radyillahu 'anhum berkata : Kami pernah berpuasa bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tetapi beliau tidak solat bersama kami, sehingga tinggal tujuh hari dari bulan (Ramadhan), lalu ia solat (malam) bersama kami hingga larut sepertiga malam, kemudian di hari keenam ia tidak solat bersama kami lagi, dan ia solat bersama kami pada malam kelima, hingga larut pertengahan malam, lalu kami bertanya : Ya Rasulullah ! Alangkah baiknya kalau seandainya engkau kerjakan sunnah itu dengan kami dalam sisa malam kami ini. Maka jawabnya : Sesungguhnya barangsiapa yang solat (malam) bersama imam hingga selesai, akan ditetapkan baginya (seperti) solat semalam (suntuk). Kemudian setelah itu ia tidak lagi solat bersama kami hingga tinggal tiga hari dari bulan itu, kemudian ia solat lagi bersama kami pada malam ketiganya, dan ia ajak keluarga dan istrinya, lalu ia solat bersama kami, hingga kami khawatir (kehilangan) al-falaah. Aku bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Apakah Al-Falaah itu ? Jawabnya : Yaitu Sahur".
Hadith ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah II : 90/2, Abu Dawud I : 217, Tirmidzi II : 72-73, disahkan oleh Nasa'i I : 238 dan Ibnu Majah I : 397 dan Thahawi dalam "Syarhul Ma'aanil Atsar" I : 206, dan Ibnu Nashr hal 89, Faryabi I : 71 dan II : 72, serta Baihaqi II : 494. Semua sanad mereka SHAHIH. Mendukung hadith ini adalah riwayat Abu Dawud dalam kitab Al-Masaail hal 62, ia berkata.


"Artinya : Saya mendengar Ahmad ditanya : Mana yang lebih engkau sukai, orang yang solat di bulan Ramadhan bersama orang banyak atau sendirian ; Ia menjawab : Orang yang solat bersama orang banyak ; aku juga mendengar ia berkata : Aku menyukai orang-orang yang solat bersama imam dan witir bersamanya. Nabi shallallhu 'alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya seorang laki-laki apabila ia solat bersama imam, akan ditetapkan baginya (pahala) di sisi malamnya. Yang seperti ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Nashr, halaman 91 dari Ahmad, kemudian Abu Dawud berkata : "Ahmad ditanya dan aku mendengar : bagaimana tentang mengakhirkan pelaksanaan solat Tarawih hingga akhir malam ? Ia menjawab : Tidak ada sunnah kaum Muslimin yang lebih baik aku sukai dari pada itu 2)".

2). Pengertian berjama'ah pada waktu awwal untuk solat Tarawih lebih afdhal baginya daripada solat sendirian, walau mengakhirkannya hingga akhir malam. Jadi walaupun menta'khir solat Tarawih itu mempunyai keutamaan sendiri, tapi melakukan dengan jama'ah adalah lebih utama dengan dasar bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya beberapa malam bersama para shahabat, sebagaimana yang diceritakan pada riwayat 'Aisyah terdahulu, dan demikian pula yang dilakukan kaum Muslimin mulai kekhalifahan Umar radyiallahu 'anhum hingga sekarang.

Dikutip dari bukuKelemahan Hadith Tarawih 20 Raka'atSyaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah

IMSAK

Makan sahur ketika akan berpuasa keesokan harinya adalah hal yang sangat disunnahkan dalam Islam, karena itulah Rasulullaah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam sangat menganjurkannya dan mengabarkan bahwa pada sahur ada berkah bagi seorang Muslim di dunia dan di akhirat sebagaimana dalam hadits dari Anas bin Malik Radhiyallaahu 'Anhu riwayat Bukhari dan Muslim (yang terjemahannya):

"sahurlah kalian karena sesungguhnya pada sahur itu ada berkah."

Bahkan beliau menjadikan sahur itu sebagai salah satu syi'ar Islam yang sangat agung yang membezakan kaum Muslimin dari orang-orang yahudi dan nasrani, sebagaimana dalam hadith dari 'Amr bin 'Ash Radhiyallaahu 'Anhu riwayat Muslim (yang ter-jemahannya):

"Dan beza antara puasa kami dengan puasa ahlul kitab adalah makan sahur."

Namun pada saat ini telah muncul istilah imsak yang mengakibatkan sebahagian kaum Muslimin meninggalkan sunnah makan sahur. Ketika kaum Muslimin bangun tatkala mendengar tanda datangnya imsak, maka mereka tidak lagi bersahur sehingga lenyaplah berkah yang telah ALLAH Subhanahu wa Ta'ala janjikan bagi Kaum Muslimin pada makan sahur.

Adapun istilah imsak telah sangat dikenal di kalangan kaum Muslimin. Imsak adalah tidak makan dan minum pada waktu sahur karena waktu sudah mendekati atau waktu sahur sudah dianggap habis. Pada masa kita sekarang ini, imsak diisyaratkan dengan suara tarahim, mengaji al-Qur’an, dari radio-radio dan lain-lain. Pada zaman Ibnu Hajar al-Asqalani ada bentuk lain dari imsak, yaitu memadamkan lampu sebagai petanda haramnya meneruskan makan dan minum bagi siapa yang ingin berpuasa pada keesokan harinya. Bagaimanakah sebenarnya duduk perkara yang benar tentang masalah ini ?

Pembahasan

Berkaitan dengan masalah ini, Ibnu Hajar al-Asqalani Rahimahullah mengatakan dalam Fathul Bary IV/199 (terjemahannya). (Beliau adalah seorang ulamak besar sangat sangat terkenal keseluruh dunia Islam, dan beliau dikatakan bermazhab Syafie).

" Catatan penting :

Termasuk Bid'ah yang mungkar adalah apa yang di zaman sekarang direka adanya yaitu meletakkan kumandang adzan kedua pada tiga perempat jam sebelum subuh di Bulan Ramadhan; serta memadamkan lampu-lampu sebagai pertanda (telah datangnya waktu) haram untuk (melanjutkan) makan dan minum bagi yang berpuasa (keesokan harinya). Orang yang membuat rekaan ini beranggapan bahwa hal itu dimaksudkan untuk berhati-hati dalam beribadah, sebab yang mengetahui batas akhir waktu sahur hanya segelintir manusia.

Sikap hati-hati yang demikian juga menyebabkan mereka tidak mengizinkan untuk berbuka puasa kecuali setelah matahari terbenam beberapa saat kemudian, supaya lebih mantap lagi (menurut mereka).

Akibatnya mereka suka mengakhirkan waktu berbuka puasa, suka mempercepat waktu sahur dan suka menyalahi sunnah Nabi Shallallaahu 'Alaihi Wasallam. Oleh sebab itulah mereka sedikit mendapatkan kebaikan tetapi banyak mendapatkan keburukan.

Wallaahu al musta'an."

Itulah bid'ah yang terjadi pada zaman al Hafidzh Ibnu Hajar al-Asqalani berkaitan dengan pembatasan waktu sahur sebelum shubuh, dengan cara memadamkan lampu sebagai tanda berhati-hati, jangan-jangan waktu sahur telah habis.

Kini bid'ah itu muncul pula dalam bentuk imsak. Syaikh 'Abdullaah bin Abdurrahman bin Shalih Ali Bassam, seorang tokoh ulama Nejd, Saudi Arabia menyusun kitab Taisir al-Allam Syarh Umdatul Ahkam (I/415, Maktabah Daar al- Faiha' dan maktabah Daar As-Salaam, cet I 1414 H - 1994 M, projek Jum'iyah Ihya' at-Turats al-Islami - Kuwait), mengatakan setelah memaparkan penjelasan hadith nombor 177 (terjemahannya):

"Dengan ini kita dapat mengetahui bahwa dua waktu yang dibuat orang iaitu waktu imsak untuk mulai tidak makan/minum di waktu sahur dan waktu terbit fajar, adalah bid'ah, sama sekali tidak ada petunjuknya dari ALLAH Subhanahu wa Ta'ala. Itu hanya waswasah (bisikan) syaitan untuk mengotori kemurnian Dinul Islam. Imsak (menahan makan dan minum) yang sebenarnya menurut sunnah Nabi Muhammad Shallallaahu 'Alaihi Wasallam adalah pada saat terbit fajar itu sendiri."

Jadi, jelaslah bahwa istilah imsak dengan isyarat-isyaratnya yang lazim dikenal sekarang ini adalah perkara baru dalam islam yang tidak pernah dicontohkan oleh para generasi terbaik (salafusshaleh). Dan jika istilah ini dibuat untuk berhati-hati, maka ketahuilah bahwa Rasulullaah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam kemudian para shahabat beliau Radhiyallaahu 'Anhum adalah orang-orang yang paling berhati-hati dalam masalah agama ini. Namun mereka tidak pernah membuat batasan untuk berhenti dari makan dan minum dalam berpuasa kecuali dengan apa yang telah ALLAH Subhanahu wa Ta'ala tetapkan, yaitu terbitnya fajar.

Apakah kita menganggap bahwa diri kita lebih wara' (berhati-hati) daripada mereka semua . ? wallaahu al musta'an.

Tuntunan makan sahur


Dalam hadith Zaid bin Tsabit Radhiyallaahu 'Anhu riwayat Bukhari dan Muslim (yang terjemahannya):

"Kami bersahur bersama Rasulullaah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam kemudian kami berdiri untuk shalat. Saya berkata (Anas bin Malik): berapa jarak antara keduanya (antara sahur dengan adzan)? ia menjawab : lima puluh ayat."

Dari hadith di atas dapat diperoleh beberapa faedah sebagai berikut: disunnahkannya makan sahur secara bersama (berjama'ah) dan disunnahkannya mengakhirkan sahur sampai dekat dari adzan shubuh. Jadi, awal makan sahurnya Rasulullaah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam dengan adzan shubuh adalah selama membaca lima puluh ayat yang tidak panjang dan tidak pula pendek serta dibaca dengan tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, (kira-kira 20 sampai 25 minit).


Dan sebaik-baik makanan yang dipakai bersahur oleh seorang mukmin adalah korma.


Sebagaimana dalam hadith Abu Hurairah Radhiyallaahu 'Anhu riwayat Abu Dawud dengan sanad yang shahih, Rasulullaah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda (yang terjemahannya):

"sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah kurma."

Sedangkan batas akhir bolehnya makan sahur adalah sampai adzan shubuh, apabila telah masuk adzan shubuh maka hendaknya menahan makan dan minum. Hal ini sebagaimana yang dipahami dari ayat dalam surah Al Baqarah : 187:


أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ {187


"Makan dan minumlah kalian hingga jelas nampak bagi kalian benang putih dari benang hitam iaitu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai malam."

Apabila telah yakin akan masuk waktu shubuh dan seseorang sedang makan atau minum maka hendaknya berhenti dari makan dan minumnya. Ini merupakan fatwa Syaikh 'Abdul 'Aziz bin Baaz dan anggota al Lajnah ad-Daimah (semacam MUI di Arab Saudi) dan juga Syaikh Muqbil bin Hadi al Wadi'y dan beberapa ulama lainnya berdasarkan nash ayat di atas. Namun perlu diketahui bahwa dalam masalah ini (apakah memuntahkan atau meneruskan memakan makanan yang masih tersisa di tempat makanan/piring ketika fajar telah tiba) ulama berbeza pendapat dan diantara ulama yang berkesimpulan akan bolehnya meneruskan makanan adalah Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albany (dalam Tamaamul minnah) dengan berdalil kepada hadith Abu Hurairah Radhiyallaahu 'Anhu yang dikeluarkan oleh Ahmad, Abu Dawud dan Hakim.

Adapun, bila belum yakin akan masuknya fajar, maka dibolehkan untuk tetap bersahur sampai adanya keyakinan akan hal tersebut.

Wallaahu a'lam.

Rujukan :


- Majalah As-Sunnah.

- "Panduan Berpuasa di Bawah Naungan Al-Qur'an dan As-Sunnah", Dzulqarnain al-Atsary, Pustaka Al Haura.

Thursday, March 23, 2006

BACAAN WAKTU BERBUKA PUASA DAN KELEMAHAN HADITH FADILAH PUASA


HADITH PERTAMA


Maksudnya :

"Dari Ibnu Abbas, ia berkata : Adalah Nabi SAW apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : Allahumma Laka Shumna wa ala Rizqika Aftharna, Allahumma Taqabbal Minna Innaka Antas Samiul 'Alim (maksudnya : Ya Allah ! untuk-Mu aku berpuasa dan atas rizkqi dari-Mu kami berbuka. Ya Allah ! Terimalah amal-amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui).
(Riwayat : Daruqutni di kitab Sunannya, Ibnu Sunni di kitabnya 'Amal Yaum wa-Lailah No. 473. Thabrani di kitabnya Mu'jamul Kabir).

Sanad hadith ini sangat Lemah/Dhaif

Pertama :

Ada seorang rawi yang bernama : Abdul Malik bin Harun bin 'Antarah. Dia ini rawi yang sangat lemah.

Kata Imam Ahmad bin Hambal : Abdul Malik Dlo'if
Kata Imam Yahya : Kadzdzab (pendusta)
Kata Imam Ibnu Hibban : pemalsu hadith
Kata Imam Dzahabi : di dituduh pemalsu hadith
Kata Imam Abu Hatim : Matruk (orang yang ditinggalkan riwayatnya)
Kata Imam Sa'dy : Dajjal, pendusta.

Kedua :

Di sanad hadith ini juga ada bapaknya Abdul Malik yaitu : Harun bin 'Antarah. Dia ini rawi yang diperselisihkan oleh para ulama ahli hadith. Imam Daruquthni telah melemahkannya. Sedangkan Imam Ibnu Hibban telah berkata : munkarul hadith (orang yang diingkari hadithnya), sama sekali tidak boleh berhujjah dengannya.

Hadith ini telah dilemahkan oleh Imam Ibnul Qoyyim, Ibnu Hajar, Al-Haitsami dan Al-Albani, dll.

Periksalah kitab-kitab berikut :

Mizanul I'tidal 2/666
Majmau Zawaid 3/156 oleh Imam Haitsami
Zaadul Ma'ad di kitab Shiam/Puasa oleh Imam Ibnul Qoyyim
Irwaul Gholil 4/36-39 oleh Muhaddist Muhammad Nashiruddin Al-Albani.

HADITH KEDUA

Maksudnya :

"Dari Anas, ia berkata : Adalah Nabi SAW : Apabila berbuka beliau mengucapkan : Bismillah, Allahumma Laka Shumtu Wa Alla Rizqika Aftartu (maksudnya : Dengan nama Allah, Ya Allah karena-Mu aku berbuka puasa dan atas rizqi dari-Mu aku berbuka).

(Riwayat : Thabrani di kitabnya Mu'jam Shogir hal 189 dan Mu'jam Auwshath).

Sanad hadith ini Lemah/Dha’if

Pertama :

Di sanad hadist ini ada Ismail bin Amr Al-Bajaly. Dia seorang rawi yang lemah.

Imam Dzahabi mengatakan di kitabnya Adl-Dhu'afa : Bukan hanya satu orang saja yang telah melemahkannya.
Kata Imam Ibnu 'Ady : Ia menceritakan hadith-hadith yang tidak boleh diturut.
Kata Imam Abu Hatim dan Daruquthni : Lemah !
Sepengetahuan saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) : Dia inilah yang meriwayatkan hadith lemah bahwa imam tidak boleh adzan (lihat : Mizanul I'tidal 1/239).
Kedua :
Di sanad ini juga ada Dawud bin Az-Zibriqaan.

Kata Muhammad Nashiruddin Al-Albani : Dia ini lebih jelek dari Ismail bin Amr Al-Bajaly.
Kata Imam Abu Dawud, Abu Zur'ah dan Ibnu Hajar : Matruk.
Kata Imam Ibnu 'Ady : Umumnya apa yang ia riwayatkan tidak boleh diturut (lihat Mizanul I'tidal 2/7)
Sepengetahuan saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) : Al-Ustadz Abdul Qadir Hassan membawakan riwayat Thabrani ini di Risalah Puasa tapi beliau diam tentang derajad hadith ini ?

HADITH KETIGA

Maksudnya :

"Dari Muadz bin Zuhrah, bahwasanya telah sampai kepadanya, sesungguhnya Nabi SAW. Apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : Allahumma Laka Sumtu wa 'Alaa Rizqika Aftartu."

(Riwayat : Abu Dawud No. 2358, Baihaqi 4/239, Ibnu Abi Syaibah dan Ibnu Suni) Lafadz dan arti bacaan di hadith ini sama dengan riwayat/hadith yang ke 2 kecuali awalnya tidak pakai Bismillah.)

Dan sanad hadith ini mempunyai dua penyakit.

Pertama :

"MURSAL, karena Mu'adz bin (Abi) Zur'ah seorang Tabi'in bukan shahabat Nabi SAW. (hadith Mursal adalah : seorang tabi'in meriwayatkan langsung dari Nabi SAW, tanpa perantara shahabat).

Kedua :

"Selain itu, Mu'adz bin Abi Zuhrah ini seorang rawi yang MAJHUL. Tidak ada yang meriwayatkan dari padanya kecuali Hushain bin Abdurrahman. Sedang Ibnu Abi Hatim di kitabnya Jarh wat Ta'dil tidak menerangkan tentang celaan dan pujian baginya".

HADITH KEEMPAT

Maksudnya :

"Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah SAW, apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL 'URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (maksudnya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan/urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, Inysa allah).

(Hadith HASAN, riwayat : Abu Dawud No. 2357, Nasa'i 1/66. Daruquthni dan ia mengatakan sanad hadith ini HASAN. Hakim 1/422 Baihaqy 4/239) Al-Albani menyetujui apa yang dikatakan Daruquthni.!


KESIMPULAN

Hadith yang ke 1,2 dan 3 karena tidak syah (sangat dhaif dan dhaif) maka tidak boleh lagi diamalkan.

Sedangkan hadith yang ke 4 karena riwayatnya telah syah maka bolehlah kita amalkan jika kita suka (karena hukumnya sunnat saja).

BEBERAPA HADITH LEMAH TENTANG KEUTAMAAN PUASA

HADITH PERTAMA

Maksudnya :

"Awal bulan Ramadhan merupakan rahmat, sedang pertengahannya merupakan magfhiroh ampunan, dan akhirnya merupakan pembebasan dari api neraka".

(Riwayat : Ibnu Abi Dunya, Ibnu Asakir, Dailami dll. dari jalan Abu Hurairah).

Derajad hadith ini : DHAIFUN JIDDAN (sangat lemah).

Periksalah kitab : Dlo'if Jamius Shogir wa Ziyadatihi no. 2134, Faidhul Qodir No. 2815.

HADITH KEDUA

Maksudnya :

"Dari Salman Al-Farisi, ia berkata : Rasulullah SAW. Pernah berkhotbah kepada kami di hari terakhir bulan Sya'ban. Beliau bersabda : "Wahai manusia ! Sesungguhnya akan menaungi kamu satu bulan yang agung penuh berkah, bulan yang didalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah telah jadikan puasanya sebagai suatu kewajiban dan shalat malamnya sunat, barang siapa yang beribadat di bulan itu dengan satu cabang kebaikan, adalah dia seperti orang yang menunaikan kewajiban di bulan lainnya, dan barangsiapa yang menunaikan kewajiban di bulan itu adalah dia seperti orang yang menunaikan tujuh puluh kewajiban di bulan lainnya, dia itulah bulan shabar, sedangkan keshabaran itu ganjarannya syurga.... dan dia bulan yang awalnya rahmat, dan tengahnya magfiroh (ampunan) dan akhirnya pembebasan dari api neraka..." (Riwayat : Ibnu Khuzaimah No. hadith 1887 dll).

Sanad Hadith ini DHAIF.

Karena ada seorang rawi bernama : Ali bin Zaid bin Jud'an. Dia ini rawi yang lemah sebagaimana diterangkan oleh Imam Ahmad, Yahya, Bukhari, Daruqhutni, Abi Hatim, dll. Dan Imam Ibnu Khuzaimah sendiri berkata : Aku tidak berhujah dengannya karena jelek hafalannya, Imam Abu Hatim mengatakan : Hadith ini Munkar !!

Periksalah kitab : Silsilah Ahaadits Dhaif wal Maudluah No. 871, At-Targhib wat Tarhieb jilid 2 halaman 94, Mizanul I'tidal jilid 3 halaman 127.

HADITH KETIGA

Maksudnya :

"Orang yang berpuasa itu tetap di dalam ibadat meskipun ia tidur di atas kasurnya". (Riwayat : amam).

Sanad Hadith ini Dahif.

Karena di sanadnya ada : Yahya bin Abdullah bin Zujaaj dan Muhammad bin Harun bin Muhammad bin Bakkar bin Hilal. Kedua orang ini gelap keadaannnya karena kita tidak jumpai keterangan tentang keduanya di kitab-kitab Jarh Wat-Ta'dil (yaitu kitab yang menerangkan cacat/cela dan pujian tiap-tiap rawi hadith). Selain itu di sanad hadith ini juga ada Hasyim bin Abi Hurairah Al-Himsi seorang rawi yang Majhul (tidak dikenal keadaannya dirinya). Sebagaimana diterangkan Imam Dzahabi di kitabnya Mizanul I'tidal, dan Imam 'Uqail berkata : Munkarul Hadith !!

Kemudian hadith yang semakna dengan ini juga diriwayatkan oleh Dailami di kitabnya Musnad Firdaus dari jalan Anas bin Malik yang lafadnya sebagai berikut :

Maksudnya :

"Orang yang berpuasa itu tetap di dalam ibadat meskipun ia tidur diatas kasurnya".

Sanad hadith ini Maudlu'/Palsu

Karena ada seorang rawi yang bernama Muhammad bin Ahmad bin Suhail, dia ini seorang yang tukang pemalsu hadith, demikian diterangkan Imam Dzahabi di kitabnya Adl-Dluafa.

Periksalah kitab : Silsilah Ahaadist Dhaif wal Mauduah No. 653, Faidlul Qodir No. hadith 5125.

HADITH KEEMPAT

Maksudnya :

"Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan do'anya mustajab, sedang dosanya diampuni".

(Riwayat : Baihaqy di kitabnya Su'abul Iman, dari jalan Abdullah bin Abi Aufa).

Hadith ini derajadnya sangat Dahif atau Maudhu.

Di sanadnya ada Sulaiman bin Umar An-Nakha'i, salah seorang pendusta (baca : Faidlul Qodir No. 9293).

HADITH KELIMA

Maksudnya :

"Puasa itu setengah dari pada sabar" (Riwayat : Ibnu Majah).

Kata Imam Ibnu Al-Arabi :Hadith (ini) sangat lemah !

HADIST KEENAM

Maksudnya :

"Puasa itu setengah dari pada sabar, dan atas tiap-tiap sesuatu itu ada zakatnya, sedang zakat badan itu ialah puasa".
(Riwayat : Baihaqy di kitabnya Su'abul Iman dari jalan Abu Hurairah).

Hadith ini sangat lemah !

Ada Muhammad bin ya'kub, Dia mempunyai riwayat-riwayat yang munkar. Demikian diterangkan oleh Imam Dzahabi di kitabnya Adl-Dluafa.

Ada Musa bin 'Ubaid. Ulama ahli hadith. Imam Ahmad berkata : Tidak boleh diterima riwayat dari padanya (baca : Faidlul Qodir no. 5201).

Itulah beberapa hadith lemah tentang keutamaan puasa dan bulannya. Selain itu masih banyak lagi hadith-hadith lemah tentang bab ini. .


Wednesday, March 22, 2006

TIADA AMALAN KHUSUS DITUNTUT PADA MALAM NISFU SYAABAN


SYAABAN adalah gerbang menyambut Ramadan yang penuh berkat. Oleh itu, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada bulan ini sebagai latihan dan persediaan sebelum menghadapi kewajipan berpuasa sebulan penuh pada Ramadan kelak.


Ia dinamakan Syaaban kerana Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya pada bulan ini. Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Nabi Muhammad saw terhadap semua nabi. Sementara, keutamaan Ramadan berbanding bulan lain adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada Syaaban, ada satu malam yang sangat dinanti-nantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malam itu menyaksikan limpahan manusia hingga masjid dan surau tidak dapat menampung bilangan jemaah yang begitu ramai. Begitulah keistimewaan malam Nisfu Syaaban hingga mampu menarik perhatian umat Islam untuk sama-sama memakmurkan rumah Allah.
Namun, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya beramai-ramai melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban, tidak pada hari dan bulan lain.


Perlu ditegaskan bahawa setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing. Bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan berkenaan.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan atau hari tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan hingga bertemu menghadap Allah nanti.

Di samping itu, ada himpunan hadis yang menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalann tertentu pada bulan ini. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama.

Bagaimanapun, ada sebahagian ulama berpendapat bahawa hadis daif boleh dipegang dalam fadhail amal (untuk kelebihan beribadat) secara perseorangan.

Jelas daripada fakta di atas bahawa dalam Syaaban ini umat Islam dianjurkan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyak ibadah.
Tidak ada hadis yang diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban yang mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan yang dianjurkan pada malam itu.


Berdasarkan amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan bacaan doa secara khusus pada malam itu adalah doa yang tidak ada asal usulnya.

Ia juga tidak menepati dalil syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan Quran dan hadis) atau ma'qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Mengikut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa bahawa kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah


يَمْحُو اللّهُ مَا يَشَاء وَيُثْبِتُ وَعِندَهُ أُمُّ الْكِتَابِ {39

yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).” (Surah al-Ra'd , ayat 39), jika telah ditetapkan dalamnya bahawa pemohon menghadapi kesukaran, kesusahan dan ’pengharaman’ daripada rezeki.

Jelas dari sini percanggahan yang nyata dalam isi kandungan doa ini. Pada permulaannya, pemohon berkata, sekiranya dia telah tertulis di sisi Allah dalam kitabnya sebagai seorang yang susah dalam urusan mencari rezeki, maka pendoa meminta supaya dihapuskan kesusahan itu dan ditetapkan di sisi Allah dalam kitabnya (yang sama) sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki untuk segala kebaikan, berdasarkan maksud ayat yang disebutkan.

Makna ummul kitab ialah tidak ada di dalamnya penghapusan dan tidak ada pengisbatan (penetapan), maka bagaimana dia (orang yang berdoa) pada masa yang sama memohon penghapusan dan pengisbatan dalamnya.

Pada masa sama, ucapan doa ini bertentangan dengan adab berdoa seperti yang digariskan oleh ajaran Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Apabila kamu meminta kepada Allah (berdoa kepada-Nya), janganlah kamu ucapkan : Ya Allah ampunilah daku jika Kamu kehendaki, rahmatilah daku jika Kamu kehendaki, berikanlah rezeki padaku jika Kamu kehendaki, sebaliknya hendaklah kamu menetapkan permasalahannya (apa yang diminta), Allah Maha
Berkuasa melakukan berdasarkan ketentuan-Nya dan tidak ada paksaan atas-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Seterusnya, umat Islam dianjurkan melaksanakan amal ibadat sebanyak mungkin menurut kemampuannya pada malam itu . Antaranya bersolat lima waktu secara berjemaah, bersolat sunat dan melakukan solat tahajud, berpuasa sunat, membaca al-Quran, beristighfar kepada Allah, bertasbih, bertahlil, bertakbir dan membaca berbagai doa dan zikir yang ma'thur.

Ada pendapat menyatakan amalan membaca surah Yassin dan sembahyang sunat khas dua rakaat pada malam berkenaan sesudah melakukan sembahyang Maghrib iaitu setelah mendirikan sembahyang sunat ba'diah adalah bidaah semata-mata.

Dikatakan juga bahawa sesetengah umat Islam amat suka menghidupkan malam ini, mungkin kerana terdorong oleh kenyataan yang pernah disebutkan oleh sebahagian ulama dalam kitab tafsir dan hadis yang menunjukkan kelebihan malam Nisfu Syaaban.

Persoalan seperti ini memang sering diperbesar untuk mengeliru dan melemahkan semangat umat Islam untuk beribadah kepada Allah dengan penuh keikhlasan.

Oleh itu, menjadi kewajipan setiap Muslim untuk kembali kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah supaya dapat melaksanakan ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, mengelakkan diri daripada amalan bidaah yang sesat lagi menyesatkan. .

Tuesday, March 21, 2006

27 REJAB

Periwayatan tarikh 27 Rejab yang diyakini sebagai hari Isra' Mi'raj Berkata Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah :

Tentang malam saat diselenggarakannya Isra’ dan Mi’raj itu belum pernah diterangkan penentuan (waktunya) oleh Rasulullah, tidak pada bulan Rejab, atau (pada bulan) yang lain, jikalau ada penentuannya maka itupun bukan dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam, menurut para ulama, hanya Allah lah yang mengetahui akan hikmah pelalaian manusia dalam hal ini.

[Dikutip dari Al-Hadzr minal Bida' Tulisan Syaikh Abdullah Bin Abdul Aziz Bin Baz, Mufti Saudi Arabia.]

BULAN REJAB : APAKAH FADILATNYA MELEBIHI DARI BULAN-BULAN YANG LAIN?



[1]. Imam Ibnul Jauzy menerangkan bahwa hadith-hadith tentang Rejab,Raghaa-ib adalah palsu dan rawi-rawi majhul. [Lihat al-Maudhu’at (II/123-126)]

[2]. Kata Imam an-Nawawi:“Solat Raghaa-ib ini adalah satu bidah yang tercela, munkar dan tercela.”[Lihat as Sunan wal Mubtada’at (hal. 140)]Kemudian Syaikh Muhammad Abdus Salam Khilidhir, penulis kitab as-Sunan Wal Mubtada’at berkata: “Keta-huilah setiap hadith yang menerangkan solat diawal Rejab, pertengahan atau di akhir Rejab, semuanya tidak bias diterima dan tidak boleh diamalkan.” [ Lihat as-Sunan wal Mubtada’at (hal. 141)]

[3]. Kata Syaikh Muhammad Darwiisy al-Huut: “Tidak satupun hadith yang sah tentang bulan Rejab sebagai-mana kata Imam Ibnu Rejab.” [Lihat AsnalMathaalib (hal. 157)]

[4]. Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah (wafat th. 728 H): “Adapun solat Raghaa-ib, tidak ada asalnya (dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam), bahkan termasuk bidah.... Atsar yang menyatakan (tentang solat itu) dusta dan palsu menurut kesepakatan para ulama dan tidak pernah sama sekali disebutkan (dikerjakan) oleh seorang ulama Salaf dan para Imam...”Selanjutnya beliau berkata lagi: “Solat Raghaa-ib adalah BIDAH”. Menurut kesepakatan para Imam, tidak pernah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyuruh melaksanakan solat itu, tidak pula disunnahkan oleh para khalifahsesudah beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan tidak pula seorang Imam pun yang menyunnahkan solat ini, seperti Imam Malik, Imam Syafi’i, Imam Ahmad,Imam Abu Hanifah, Imam ats-Tsaury, Imam al-Auzaiy, Imam Laits dan Selain mereka.

Hadith-hadith yang diriwayatkan tentang itu adalah dusta menurut Ijma’Para Ahli Hadith. Demikian juga solat malam pertama bulan Rejab, malam Isra’,Alfiah nisfu Syaban, solat Ahad, isnin dan solat hari-hari tertentudalam satu pekan, meskipun disebutkan oleh sebagian penulis, tapi tidakdiragukan lagi oleh orang yang mengerti hadith-hadith tentang hal tersebut, semuanya adalah hadith palsu dan tidak ada seorang Imam pun (yang terkemuka) menyunnahkan solat ini... Wallahu a’lam.”[ Lihat Majmu’ Fataawa(XXIII/132, 134)]

[5]. Kata Ibnu Qayyim al-Jauziyyah:“Semua hadith tentang solat Raghaa-ib pada malam Jum’at pertama dibulan Rejab adalah dusta yang diada-adakan atas nama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan semua hadith yang menyebutkan puasa Rejab dan solatpada beberapa malamnya semuanya adalah dusta (palsu) yang diada-adakan.”[Lihat al-Manaarul Muniif fish Shahiih wadh Dha’iif (hal. 95-97, no.167-172) oleh Ibnul Qayyim, tahqiq: ‘Abdul Fattah Abu Ghaddah]

[6]. Al-Hafizh Ibnu Hajar al-Asqalany mengatakan dalam kitabnya, Tabyiinul‘Ajab bima Warada fii Fadhli Rejab: “Tidak ada riwayat yang sah yang menerangkan tentang keutamaan bulan Rejab dan tidak pula tentang puasa khusus di bulan Rejab, serta tidak ada pula hadith yang shahih yang dapat dipegang sebagai hujjah tentang solat malam khusus di bulan Rejab.”

[7]. Imam al-‘Iraqy yang menbetulkan hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Ihya’ ‘Uluumuddin, menerangkan bahwa hadith tentang puasa dan solat Raghaa-ib adalah hadith maudhu’ (palsu).[Lihat Ihya’ ‘Uluumuddin(I/202)]

[8]. Imam asy-Syaukani menukil perkataan ‘Ali bin Ibra-himal-‘Aththaar, ia berkata dalam risalahnya: “Sesungguhnya riwayat tentang keutamaan puasa Rejab, semuanya adalah palsu dan lemah, tidak ada asalnya (dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam).” [Lihat al-Fawaa-idul Majmu’ah filAhaaditsil Maudhu’ah (hal. 381)]

[9]. Syaikh Abdus Salam, penulis kitab as-Sunan wal Mub-tada’at menyatakan:“Bahwa membaca kisah tentang Isra’ dan Mi’raj dan merayakannya pada malam tanggal dua puluh tujuh Rejab adalah BIDAH. Berdzikir dan mengadakan peribadahan tertentu untuk merayakan Isra’ dan Mikraj adalah BIDAH, do’a-do’a yang khusus dibaca pada bulan Rejab dan Syaban semuanya tidak ada sumber (asal pengambilannya) dan BIDAH, sekiranya yang demikian itu perbuatan baik, niscaya para Salafush Shalih sudah melaksanakannya.”[Lihatas-Sunan wal Mubtada’at (hal. 143)]

[10]. Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz, ketua Dewan Buhuts ‘Ilmiyyah, Fatwa, Da’wah dan Irsyad, Saudi Arabia, beliau berkata dalam kitabnya, at-Tahdzir minal Bida’ (hal. 8): “Rasulullah Shallallahu‘alaihi wa sallam dan para Shahabatnya tidak pernah mengadakan upacara Isra’dan Mikraj dan tidak pula mengkhususkan suatu ibadah apapun pada malam tersebut. Jika peringatan malam tersebut disyar’iatkan, pasti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menjelaskan kepada ummat, baik melalui ucapan maupun perbuatan.

Jika pernah dilakukan beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam,pasti diketahui dan masyhur, dan tentunya akan disampaikan oleh para Shahabat kepada kita...Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling banyak memberi nasihat kepada manusia, beliau telah menyampaikan risalah kerasulannya sebaik-baik penyampaian dan telah menja-lankan amanah Allah dengan sempurna.Oleh karena itu, jika upacara peringatan malam Isra’ dan Mikraj danmerayakan itu dari agama Allah, ten-tunya tidak akan dilupakan dan disembunyikan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, tetapi karena hal itu tidak ada, maka jelaslah bahwa upacara tersebut bukan dari ajaran Islam sama sekali.

Allah telah menyempurnakan agama-Nya bagi ummat ini,men-cukupkan nikmat-Nya dan Allah mengingkari siapa saja yang berani mengada-adakan sesuatu yang baru dalam agama, karena cara tersebut Tidak dibenarkan oleh Allah:

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالْدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلاَّ مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُواْ بِالأَزْلاَمِ ذَلِكُمْ فِسْقٌ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمْ فَلاَ تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ
نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ فَإِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ {3

“Artinya : Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu agamamu, dan telah Kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Kuridhai Islam jadi agama bagimu.” [Al-Maa-idah: 3]

KHATIMAH

Orang yang mempunyai bashirah dan mau mendengarkan nasehat yang baik, dia akan berusaha meninggalkan segala bentuk bidah, karena setiap bidah adalah sesat, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:“Artinya : Tiap-tiap bidah itu sesat dan tiap-tiap kesesatan di Neraka.”[HSR. An-Nasa'i (III/189) dari Jabir radhiyallahu ‘anhu dalam Shahih Sunan an-Nasa-i (I/346 no. 1487) dan Misykatul Mashaabih (I/51)]

Para ulama, ustaz yang masih membawakan hadith-hadith yang lemah dan palsu, maka mereka digo-longkan sebagai pendusta. Sebagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:Dari Samurah bin Jundub dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Barang-siapa yang menceritakan satu hadith dariku, padahal dia tahu bahwa hadith itu dusta, maka dia termasuk salah seorang dari dua pendusta.” [HSR. Ahmad (V/20), Muslim (I/7) dan Ibnu Majah (no. 39)]

MARAJI’

[1]. Shahih al-Bukhari.
[2]. Shahih Muslim.
[3]. Sunan an-Nasaa-i.
[4]. Sunan Ibni Majah.
[5]. Musnad Imam Ahmad.
[6]. Shahih Ibni Hibban.
[7]. Zaadul Ma’aad fii Hadyi Khairil ‘Ibaad, oleh Syaikhul Islam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, cet. Mu-assasah ar-Risalah, th. 1412 H.
[8]. Maudhu’atush Shaghani.
[9]. Al-Manaarul Muniif fish Shahih wadh Dha’if, oleh Syaikhul Islam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.
[10]. Al-Maudhu’at, oleh Imam Ibnul Jauzy, cet. Daarul Fikr, th. 1403 H.[11]. Mizaanul I’tidal, oleh Imam adz-Dzahaby, tahqiq: ‘Ali Muhammad al-Bajaawy, cet. Daarul Fikr.
[12]. Al-Mashnu’ fii Ma’rifatil Hadithil Maudhu’, oleh Syaikh Ali al-Qary al-Makky.
[13]. Al-Fawaa-idul Majmu’ah fil Ahaadits Maudhu’at oleh asy-Syaukany, tahqiq: Syaikh ‘Abdurrahman al-Ma’allimy, cet. Al-Maktab al-Islamy, th. 1407 H.
[14]. Tanziihus Syari’ah al-Marfu’ah ‘anil Akhbaaris Syanii’ah al-Maudhu’at, oleh Abul Hasan ‘Ali bin Muhammad bin ‘Araaq al-Kinani.
[15]. Taqriibut Tahdziib, oleh al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqa-lany, cet. Daarul Kutub al-‘Ilmiyyah.
[16]. Adh-Dhu’afa wa Matrukin, oleh Imam an-Nasa-i.
[17]. At-Taghib wat Tarhib, oleh Imam al-Mundziri.
[18]. Silsilah Ahaadits adh-Dha’ifah wal Maudhu’ah, oleh Imam Muhammad Nashiruddin al-Albany.
[19]. Al-Laali al-Mashnu’ah, oleh al-Hafizh as-Suyuthy.
[20]. Adh-Dhu’afa wal Matrukin, oleh Imam an-Nasa-i.
[21]. Al-Jarhu wat Ta’dil, oleh Imam Ibnu Abi Hatim ar-Razy.
[22]. As-Sunan wal Mubtada’at, oleh Muhammad Abdus Salam Khilidhir.
[23]. Asnal Mathaalib fii Ahaadits Mukhtalifatil Maraatib, oleh Muhammad Darwisy al-Huut.
[24]. Majmu’ Fataawa, oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah.
[25]. Al-Manaarul Muniif fis Shahih wadh Dha’if, oleh Syaikhul Islam Ibnu Qayyim al-Jauziyyah.
[26]. Tabyiinul ‘Ajab bimaa Warada fiii Fadhli Rejab, oleh al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany.
[27]. Ihya’ ‘Uluumuddin, oleh Imam al-Ghazzaly.
[28]. At-Tahdziir minal Bida’, oleh Imam ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baaz.
[29]. Misykaatul Mashaabih, oleh Imam at-Tibrizy, takhrij: Imam Muhammad Nashiruddin al-Albany.