Amalan-amalan khusus di dalam puasa harian kita yang patut diambil berat juga ialah waktu berbuka dan bersahur.
Waktu berbuka:
Sunnah Rasulullah SAW telah mengawalkan waktu berbuka puasa dan memakan rutob/buah kurma. Baginda juga berdoa kerana doa orang yang berbuka puasa tidak ditolak oleh ALLAH WST seperti yang telah disebut sebelum ini. Doa Rasulullah SAW:
ZAHABADZ DZAMA’U WAB TALLATIL ‘URUUQU WA THABATAL ARJU INSHAALLAH
Maksudnya:
“Telah hilang kehausan, telah basah segala urat dan mudah-mudahan pula telah tetap pahala.”
Waktu sahur
Sahur pada pagi hari adalah satu amalam puasa yang sangat penting kerana mengikut Sunnah. Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya:
“Sesungguhnya pembeza/pemisah kita dengan ahli kitab Yahudi dan Nasrani adalah makan sahur.”
(Hadith riwayat Imam Muslim)
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.”
Sangat digalakkan kita berjaga dengan beribadat di antara sahur dengan terbit fajar agar dapat mengerjakan solat subuh pada awal waktunya.
Wednesday, May 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment