Wednesday, May 31, 2006

Zakat

Sungguh banyak ayat-ayat Al-Quran yang memperkatakan kewajiban mengeluarkan zakat. Malahan arahan tersebut sentiasa seiring dengan arahan mendirikan solat.

Antaranya Ayat 1, 2, dan 3 Surah An-Naml.

Maksudnya:

“Thaa Seen (Allah SWT yang mengetahui maksudnya)! Inilah beberapa ayat Al-Qur’an dan kitab yang terang. Untuk menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira bagi orang-orang yang beriman. Iaitu yang mendirikan solat dan membayar zakat.”

Antara jenis-jenis zakat ialah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat saham, zakat emas dan zakat perniagaan.

ALLAH SWT telah mewajibkan bayaran zakat untuk menyucikan segala harta-harta kita sepertimana yang dijelaskan dalam Ayat 103 Surah At-Taubah.

Maksudnya:

“Ambillah dari harta itu sedekah (zakat) yang dengan itu engkau bersihkan dan sucikan mereka.”

Urusan-urusan pungutan zakat di Malaysia telah banyak dipermudahkan. Membayar zakat pada bulan Ramadhan sungguh besar ganjarannya. Oleh itu rebutlah peluang keemasan ini. Bersegeralah membuat amalan yang baik yang sangat-sangat diredhai ALLAH SWT.



Zakat Fitrah

Jangan kita lewatkan bayaran zakat fitrah sehingga selesai solat Aidulfitri kerana Rasulullah SAW telah memberi peringatan melalui hadithnya. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:

“…dan barangsiapa memberikan sesudah solat Aidulfitri, maka itu menjadi sedekah – sedekah biasa (bukan zakat fitrah).”

No comments: