Hikmah Puasa 1
Al-Sayyid membawa beberapa hadith mengenai fadhilat Puasa:
Hadith # 146, dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda: "Telah berfirman Allah AWJ: " semua amalan manusia adalah untuk dirinya, kecuali puasa, maka itu adalah untuk-Ku dan Aku akan memberi ganjarannya. "
(Hadith Qudsi). Dan puasa itu merupakan benteng, maka ketika datang saat berpuasa, janganlahseseorang berkata keji atau berteriak-teriak atau mencaci-maki. Dan seandainya dicaci oleh seseorang, atau diajaknya berkelahi, hendaklah dijawab: " saya ini berpuasa" sampai dua kali.
Demi Tuhan yang nyawa Muhammad dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah pada hari Kiamat dari bau kesturi. Orang yang berpuasa itu akan beroleh dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu dan di saat ia menemui Tuhan-nya nanti, ia akan gembira kerana puasanya." [HR Ahmad, Muslim dan Nasa'iy]. Takhriij: Muslim (Kitab asSiyam, # 1944 ksa), An-Nasa'iy, kitab asSiyyam (4/163/# 2185 -ksa), dan Ahmad (Musnad/2/273)
Hadith # 147 adalah hadith yang sama cuma susunannya berlainan. Ia dikeluarkan oleh alBukhari dan Abu Daud.
"Puasa adalah perisai, maka janganlah berbuat rafath (berkata keji) dan jangan bertindak bodoh. Jika ada orang yang mengajaknya berkelahi, atau mencaci makinya, maka katakanlah ," saya sedang puasa" (2X). Demi Dzat yang jiwaku ada di tangan-Nya, bau mulut (khuluf) orang-orang yang berpuasa bagi Allah adalah lebih baik dari aroma minyak misk (kesturi).
Allah berfirman: ` Hambaku meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana-Ku. Puasa itu untuk-Ku, dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Adapun kebaikan akan dibalas dengan 10 kali kebaikan yang semisalnya" Takhriij: Sahih Bukhari, kitab asSiyyam, # 1760-ksa; Abu
Daud (Sunan, kitab asShaum, # 2016 – ksa), ia juga dikeluarkan oleh Ibn Majah, anNasa'iy,Malik, Ahmad dan alBaihaqi
Syarh: Hadith Qudsi adalah hadith yang maknanya dari Allah SWT, sedangkan lafadznya di susun oleh Nabi SAW. Nabi menerima hadith ini melalui jalan wahyu samada mimpi, ilham atau melalui Jibrael AS. Jumlah hadith Qudsi tidak banyak, seputar 1000 hadith dan tertakluk kepada mustalah hadith yang standard: sahih, hasan dan dha'if.
syarah hadith versi alBukhari:
Maksud `Puasa adalah perisai'. Dalam versi Termidzi, disambung dgn 'puasa adalah perisai dari api Neraka.' Dan dalam versi Imam Ahmad pula. 'puasa adalah perisai dan benteng dari api neraka."
Kata alQadhi Iyadh , maksud perisai adalah penghalang dari dosa atau neraka atau kedua-duanya. (al-Ikmal). Kata Imam Abdil Barr, cukuplah puasa sebagai benteng dari api neraka berbanding dgn ibadah-ibadah yang lain.
Apa status puasa bagi seseorang yg berkata keji (rafath) spt mengumpat di bulan Ramadhan? Kata Imam alAwza'iy, kata2 keji spt mengumpat membatalkan puasa. Kata Ibn Hazam, sesiapa yang melakukan perkara keji baik kata2 atau perbuatan (maksiat) membatalkan puasa. Namun kata Jumhur, puasa masih sah.
Maksud `wala yajhal' (janganlah dia bertindak bodoh) maksudnya berkelakuan seperti orang dungu, misalnya menjerit dan berteriak. Kata Imam alQurthubi, larangan berkata keji dan bertindak bodoh bukanlah bermaksud selain bulan Ramadhan ia dibolehkan, tapi dalam bulan
Ramadhan ia amat diberatkan.
'Jika ada yang mengajaknya berkelahi atak mencacimakinya' . Versi Abu Saleh, lafaznya ` jika ada orang yang mengejeknya atau mengajaknya bertumbuk'; versi Abu Qurra, `jika ada yang mencaci-makinya , janganlah dilayan (hendaklah dia diam).. versi Ibn Khuzaimah, ` jika
ada orang bodoh yang bertindak bodoh terhadap kalian'.
Maksud sebenar `qatalahu' ialah mengajak berkelahi kerana lafaz qatalahu bererti melaknat. Ini kerana laknat adalah sejenis cacian. Apakah orang yang berpuasa harus mengatakan dengan lisan atau lafaz yang keras,'bahawa aku sedang berpuasa, atau memadai dalam hati sahaja? Kata Imam alRuyani, jika di bulan Ramadhan hendaklah dilafadzkan dengan keras (jahar) dan jika di bulan lain, hendaklah dalam hati sahaja.
Maksud,' bau mulut orang yang berpuasa bagi Allah lebih baik dari aroma misk." Kata Ibn Hajar dalam alFath, `khuluf atau bau mulut puasa lebih mendekatkan kepada Allah daripada mendekatkan bau kesturi kepada kamu.'
Manakala kata Ibn Rajab alhanbali, khuluf atau bau mulut puasa itu bermaksud orang yang berpuasa itu hanya dikenali di akhirat dengan keharuman mulutnya.
Maksud : `Allah berfirman: ` Hambaku meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana-Ku' . Kalimah syahwat itu ialah hubungan seks.
Maksud `puasa itu untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya' Maksud Puasa itu untuk-Ku, kata Imam alQurthubi puasa adalah satu-satunya ibadah yang amat sukar dinodai oleh riya', lagipun puasa adalah ibadah rahsia dan hanya Allah jua yang mengetahui status puasa seseorang. Adapun maksud, Aku sendiri yang membalasnya bermaksudnya kata lagi alQurthubi, bahawa setiap amal telah ditentukan kadar balasannya dari 10X hingga 700X kali ganda , tapi tidak puasa, di mana kadar balasannya tidak sebut oleh Allah. (saduran dari Ibn Rajab
alHanbali, Latha'if alMa'arif)
* al-Sayyid adalah allamah Sayyid Sabiq, wafat 1995, kelahiran Mesir dan pengarang kitab Fiqh Sunnah dan antara pioneer Fiqh Taysir
Saturday, September 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment