Hadith dalil # 148: Dari Abdullah bin ‘Amar ra bahawa Nabi saw bersabda: “Puasa dan al-Qur:an akan memberi syafa’at bagi hamba pada hari Kiamat. Berkata Puasa,” Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang dan sekarang ia meminta syafa’at padaku kerana itu.
Dan berkata pula al-Qur:an: “ Engkau larang ia tidur di waktu malam, sekarang ia meminta syafa’at padaku mengenai itu.” Maka syafa’at keduanya diperkenankan oleh Allah.” (HR Ahmad dengan sanad sahih).
Takhriij/tahqiq: Musnad Ahmad (2/774, Mustadrak al-Hakim, 1/554, juga atTabrani dalam Mu’jam al-Kabir. Hadith ini dha’if tapi diperkuat dengan jalur periwayatan yang lain, lalu menjadi hadith hasan. Demikian kata alZahabi, alHaithami (Majma’ azZawaid, 3/181) dan Imam al-Albani (Tamam alMinnah/394 dan sahih alTarghiib 1/411).
Syarh al-hadith: seputar syafa’at dan bagaimana puasa boleh memberi syafa’at?Syafa’at dibahaskan dalam Islam kerana ujudnya dua aliran yang ghuluw (ekstrim) dalam menerima syafa’at. Ada satu golongan yang sangat berlebihan dalam mengambil syafa’at lalu percaya bahawa orang-orang mati dapat memberi syafa’at. Di penghujungnya pulak ada golongan yang menafikan terus ujudnya syafa’at, yakni Khawarij dan Muktazilah. Manakala ASWJ menetapkan adanya syafa’at dengan tiga syarat:
a) syafa’at berlaku dengan Izin Allah. Dalilnya: QS alBaqarah 2:255 (Tiada yang memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya); QS Yunus 10: 3 (Tidak seorangpun yang memberikan syafa’at kecuali sesudah ada izin-Nya)
b) syafa’at hanya diizinkan Allah kepada orang yang diridhai-Nya. Dalil: QS al-Anbiyaa’ 21:28 (…dan mereka tidak memberi syafa’at, melainkan kepada orang yang diridhai Allah)
c) syafa’at diberikan kepada ahli tawhid dan pengikut sunnah Muhammad saw. Dalilnya: QS al-Muddatsir 74:48 (maka tiada berguna lagi bagi mereka syafa’at dari orang-orang yang memberi syafa’at). HR Bukhari (# 99) dari Abu Hurayrah (orang-orang yg paling bahagia dengan syafa’atku ialah orang yag mengucap syahada dengan ikhlas)
Syafa’at menurut bahasa ialah menggenapkan. Adapun menurut istilah ialah menolong orang lain bertujuan menarik manfaat dan menolak bahaya (Ibn Uthaimiin, syarh Lum’atu I’tiqaad/128). Bila digabungkan pengertian lughawi dengan istilah, bila kita menjadikan orang lain sebagai sandaran, maka kita menggenapkan dia dengan kita menjadi dua.
Apa kaitan puasa dengan syafa’at? Jika kita ingin mendapat syafa’at Nabi kita, maka kita kena giat melakukan amal saleh supaya kita terpilih untuk mendapat syafa’at, antara amalan itu ialah puasa. Antara amalan lain yang melayakkan seseorang dipertimbangkan mendapat syafa’at baginda ialah: tawhid, ittiba’ assunnah, banyak membaca al-Qur:an, banyak berpuasa, berdoa selepas azan, penduduk Madinah yang soleh, selawat atas baginda, mayyit yg disolati oleh sejumlah orang Islam, memperbanyakkan sujud (Fath alMajid syarh kitab atTauhid)
Hadith dalil # 149: dari Abu Umamah, katanya: “ saya datang kepada RasuluLlah saw, lalu saya katakan: ‘perintahlah aku dengan suatu amal yang akan memasukkan daku ke syurga.” Lalu sabda Nabi saw: “Hendaklah kamu berpuasa, kerana tak ada tandingannya berpuasa itu.” Lalu saya datangi Nabi buat kali kedua, maka (begitulah) sabdanya,” “hendaklah kamu berpuasa!” (HR Ahmad, anNasa’iy dan alHakim yang mengatakan sahnya).
Takhriij/tahqiq: hadith sahih, dikeluarkan oleh anNasa’iy (4/166,#2223, Ahmad (Musnad, 5/ 249), Ibn Mundzir, atTarghiib 2/208, disahihkan oleh al-Albani., dan alHakim (1/421), disahkan oleh alZahabi., disahihkan oleh syaikh Salim al-Hilali, sifat Shaumun Nabiy)
Hadith dalil # 150: Dari Abu Sa’id alKhudri ra, bahawa Nabi saw bersabda:
“Setiap seorang hamba berpuasa satu hari dalam perang sabil, maka dengan hari itu Allah akan menghindarkan dirinya dari Neraka selama 70 tahun.” (HR alJama’ah kecuali Abu Daud) Takhriij/tahqiq: sahih, muttafaq ‘alaih: Bukhari (kitab aljihad wal sair,# 2628 – ksa); Muslim (kitab as-Shiyam, # 1948 – ksa), juga Termidzi, anNasa’iy, Ibn Majah dan Ahmad.
Syarah: terjemahan yang betul ialah “siapa yang berpuasa sehari di jalan Allah (maksudnya puasa yang mencari keredhaan Allah). Kata Syaikh Salim 'Ied alHilali, maksud puasa di jalan Allah ialah puasa yang ikhlas dan menepati puasa Naai saw, maka ia termasuk dalam amalan jihad fi sabiliLlah (sifat shaum nabi/12)
Hadith dalil # 151: Dari Sahl bin Sa’ad, bahawa Nabi saw bersabda:
“ Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut Rayyan (basah melimpah), Diseru pada Hari Kiamat,” Hai manakah orang yang berpuasa? Lalu bila orang (puasa) yang terakhir masuk, maka pintu itu ditutup.” (HR Bukhari-Muslim).
Takhriij: [alBukhari, kitab as-Shaum,# 1763, Muslim, kitab as-Shiyam,# 1947 – ksa].
Syarh: Syurga ada lapan pintu dan salah satu pintu itu adalah khusus untuk puasawan. Abu Bakar bertanyakan RasuluLlah saw, apakah ada kemungkinan seseorang itu dipanggil dari beberapa pintu? Sabda baginda, “ ya, dan aku berharap engkau termasuk seseorang itu. (Bukhari-Muslim dari Abu Hurayrah, dari kitab Dr Sulaiman alAsyqar, al Jannah wa Naar)
Sunday, September 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment