Sunday, September 24, 2006

FS3-Fiqh Puasa #5: Ancaman berbuka puasa

Hadith dalil #161 (1): Dari Ibn Abbas ra bahawa RasuluLlah saw bersabda: “Ikatan Islam dan sendi agama itu ada tig: di atasnya didirikan Islam dan siapa yang meninggalkan salah satu di antaranya, berarti dia kafir terhadapnya dan halal darahnya: mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, solat fardhu dan puasa Ramadhan.”(HR Abu Ya’la dan Dailami, dinyatakan sah oleh alZahabi).

Takhrij/tahqiq: Majmaa’ alZawaid alHaithami (1/48), Targhib wa Tarhib alMundziri (1/342), hadith ini dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Tamam alMinnah (1/162, edisi Indon) dan Silsilah adDha’ifah (1/211, # 94), kerana perawinya Amr bin Malik al-nakiri. Hadith yang dijadikan dalil dalam bab ini ialah hadith # 3 dalam matn arba’in anNawawiyah:

بني الإسلام على خمس شهادة أن لا إله إلا الله وأن ‏ ‏محمدا عبده ورسوله ‏ ‏وإقام الصلاة وإيتاء الزكاة وحج ‏ ‏البيت ‏ ‏وصوم رمضان ‏


Terjemahnya: “ Fondasi Islam di atas lima perkara: bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah , mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan puasa pada bulan Ramadhan” (Muttafaq alaih dari Ibn Umar alKhattab ra) .

Syarh: Kata al-Qardhawi, puasa Ramadhan termasuk kewajiban yang bersifat tawaatur yaqiini, yang telah dimaklumi sebagai dasar agama tanpa perlu mengkaji dalil lagi. Maka para ulama’ telah ijma’ bahawa mana-mana orang Islam yang mengingkari kewajipan puasa Ramadhan, atau meragui atau merendahkan martabat kewajibannya, maka dianggap murtad dan kafir. (Fiqh Siyyam/19)

Hadith dalil #162 (2): Diterima dari Abu Hurayrah ra bahawa Nabi saw bersabda: “Siapa yang berbuka pada satu hari dari bulan Ramadhan tanpa keringanan yang diberikan Allah padanya, tiadalah akan dapat dibayar oleh puasa sepanjang masa walaupun dilakukannya.” (HR Abu Daud, Ibn Majah dan Termidzi).

Juga disebut oleh alBukhari dalam sahihnya secara mu’allaq (tanpa sanad).

Takhriij/ tahqiq: kata al-Albani dalam Tamam alMinnah juga dalam Dha’if alJaami’ # 5471, hadith ini adalah dha’if kerana isyarat dari al-Bukhari sendiri dengan kalimah ‘wayuzkaru’ yang bermaksud dan disebutkan dari Abu Hurayrah adalah indikasi dha’if. Dha’if menurut Ibn Khuzaimah (alSahih, 3/238) dan alHafidz Ibn Hajar (alFath, 4/171) Kata-kata alZahabi yang dinukilkan itu tidak ditemui dalam kitabnya alKabair.

No comments: